Friday, June 5, 2015

StarBucks Testing

Entry kali ini “StarBucks”. (*_*)



Dengan jujur, sila jawab persoalan me ini.

Sapa pernah menjakunkan diri masuk café atau restoran mahal, pastu p tolak2 kwn utk order sebab x reti nak order apa sebab tak tahu menahu lansung menu kat situ?

Jangan malu2 mengaku sebab me adalah antara insan yg sungguh malang itu.   
(-_-)

Lepas tengo movie #SanAndreas, me pun ajak la si sinta & my kazen p try lepak kat #StarBucks. Alasan nya:

“Nak rasa ga mcm mana hebatnya minuman kat StarBucks yg org selalu agung2kan tu. Asal minum jer StarBucks, mesti dgn bangga post fb/instagram. 
Aku jadi penasaran”

Gitewwww~~ penasaran lah sgt.

So, kami pun masuk lah kat StarBucks Bintang Megamall.



Baru hujung kaki masuk situ, oh terasa kerdil diri ini melihat insan2 yg duduk lepak kat sna. Tapi sebab dah terlajak masuk, we all gagahkan langkah, masuk dengan nilai konfiden yg amat minimal.

Sampai kat kaunter, terkebil2 tak tahu nak order apa. Si Sinta ngan kazen dengan focusnya membaca menu yg tertera kat dinding nun di *atas sana.

*atas sana= Me x nmpak sebab rabun and malas nak pakai spec atau lens.

Nak sepetkan mata depan si hensem kat kaunter tu? No way. Jatuh saham. Kekeke.

Solution nya -> me ternampak board kecik depan kaunter tu yg promote sejenis minuman cokelat yg baru. Ting! Terus dpt idea.



“Saya nak yg ni.” Sambil tunjuk gambar tu. Dia pun angguk2 faham. Pastu dia tanya something. Entah topping ka apa, me x berapa dengar dek terlalu neves and kalut. So, angguk ja. Hahaha.

Mereka berdua pula pilih dari menu yg mereka baca.

Sedap tak sedap, tu belakang cerita. Nama pun try kan. J

Hasilnya ni… TADAAA…



*Sila jangan tanya apa nama minuman2 kami ni sebab sumpah…xda antara kami yg ingat (-_-)

Feedback – Minuman me sedap giler. Mereka punya? Toing2…PAHIT. Hahaha..
Congrats J

But really, it’s not bad pun sebenanrnya. It worth the try.

So lepas ni, tak lah jakun sangat klo nak lepas sana. J